Mungkin ada dari kita yang belum sedia maklum berkenaan taktik scam terkini. Scam yang terbaru ni libatkan courier service, maksudnya melibatkan penghantaran barang. Kalau scam pakai telefon meyamar jadi LHDN, peguam dan polis tu kita dah sedia maklum. So jom baca dan ingatkan pada ahli keluarga supaya lebih berjaga-jaga.
Pernah tak kita tengah scroll Facebook then tiba-tiba ada offer yang sangat menarik. Boleh kata too good to be true? Dan bila kita klik iklan tu, dia akan terus masuk bahagian untuk isi maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon. Mungkin kita cuma sekadar isi. Tapi zaman sekarang bukan macam zaman dulu.
Cerita ni terjadi pada rakan pejabat admin. Dan turut terjadi kepada beberapa individu lain yang admin baca di Twitter semalam.
JANGAN PERNAH SIGN SEBARANG PARCEL YANG KITA TAK BELI
Dah ramai yang kena. Tiba-tiba courier service datang hantar barang dekat mak. Mak kita pun dah tahu perangai kita yang selalu beli online ni, memang terus la sign parcel tu. Lepastu courier service cakap, barang ni sebenarnya tak bayar lagi. Sebab buat COD (cash on delivery). Mak kita pun bayar la sebab barang anak sendiri. Bila anak dah balik, terkejut sebab tak beli pun barang ni tiba-tiba ja sampai depan pintu rumah. Dah la tu, barang tu cuma tuala ja pun tapi bayar sampai RM600. Padahal tak pernah isi apa-apa maklumat online untuk beli barang pun sebelum ni.
Rakan pejabat admin pulak, kes macam lain tapi guna cara yang sama. Kak Aida (bukan nama sebenar) ada tengok bantal dekat Facebook. 6 biji RM120. Jadi Kak Aida pun isi la segala maklumat peribadi. Sampai step terakhir, bahagian nak semak semula sama ada nak teruskan pembayaran atau tidak; Kak Aida terus tutup page tu. Lepas sebulan, tiba-tiba parcel Kak Aida sampai. Yang terima parcel tu pulak orang lain dan dah siap tolong bayar la sebab member sendiri punya kan. Memang terkejut la Kak Aida, sebab tak confirm beli pun tapi tiba-tiba barang sampai dekat pejabat. Nak telefon semula penjual pun tak boleh, sebab tak ada sebarang maklumat pada packaging.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
Peringatan, jangan marah courier service. Hal ini tiada kena mengena dengan courier service. Kalau benda macam ni terjadi, pertama sekali jangan gelabah. Ikuti langkah ni:
- Pastikan semula dengan pemilik barang sama ada beli barang dalam tempoh masa tertentu.
- Jika tidak beli apa-apa dalam tempoh tersebut, jangan sign parcel. Bila kita sign parcel tu, secara tak langsung bermaksud kita sudah terima barang tersebut.
- Buat aduan kepada pihak courier service bahawa kita memang tak beli barang tersebut. Jika kita buat aduan kepada courier service, barang tersebut akan dihantar semula kepada pengirim.
Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil
- Bila anda beli sebarang item secara online, pastikan anda buang maklumat peribadi anda dengan betul. Koyak bahagian maklumat peribadi sehingga tercerai dan sukar dicantumkan semula. Buang di tempat yang selamat seperti di rumah disebabkan sampah akan bercampur dan sukar untuk dijejaki.
- Sentiasa berhati-hati untuk mengisi maklumat peribadi secara online. Pastikan anda membuat semakan berkenaan penjual sebelum terus mengisi maklumat anda.
Pastikah anda tidak menjadi mangsa. Kongsi artikel ini kepada rakan-rakan supaya mereka juga tidak menjadi mangsa seterusnya.
TENTANG CHJ MOTORS
CHJ Motors turut dikenali dengan nama Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd. Sehingga kini, CHJ Motors mempunyai 35 cawangan di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Di CHJ Motors, kami menjual motosikal berjenama dengan harga mampu milik tanpa slip gaji. Anda boleh beli motosikal dan mohon pinjaman kedai secara online di website kami. Anda tidak perlu risau kerana kami sangat menjaga maklumat peribadi pelanggan kami. Beli motor secara online di CHJ Motors, Pusat Pilihan Motosikal Anda.