Bila nak beli skuter dan motor untuk perempuan, memang banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antara yang selalu jadi persoalan ialah berkenaan berat dan tinggi motor dan skuter.
Sebagai perempuan, kalau boleh kita nakkan motor yang ringan supaya lebih senang nak angkat kalau terjadi apa-apa. Kadang-kadang, ada yang nak tahu tinggi motor dan skuter. Selalunya sebab ada perempuan yang berbadan rendah dan takut kaki tak sampai dengan tempat pemijak kaki.
Antara sebab inilah yang buatkan kenapa perempuan lebih berhati-hati dalam memilih skuter.
Pilihan Skuter dan Motor Untuk Perempuan
Dengan mempertimbangkan keadaan di atas, kami mudahkan anda dengan senaraikan 5 skuter dan motor untuk perempuan yang sesuai untuk dijadikan pilihan anda.
1. Yamaha Ego Gear

Skuter Yamaha Ego Gear merupakan antara skuter yang sesuai dengan perempuan dengan performance 125cc dan berat 95kg. Buat pengetahuan anda, model ini merupakan skuter baru keluaran Yamaha yang menggantikan model Ego Solariz yang telah ditamatkan pengeluaran pada tahun lepas.
Antara ciri yang terdapat pada skuter Yamaha Ego Gear ialah:
- Mempunyai soket pengecas USB
- Dilengkapi Blue Core Technology: dikuasakan oleh Yamaha yang menjanjikan lebih kuasa dengan penggunaan minyak yang kurang
- Terdapat meter serba moden
- Dilengkapi sistem Stop and Start, dimana enjin akan dimatikan semasa motosikal berhenti
- Mempunyai papan lantai anti-slip yang lebar
- Turut disertakan tempat kaki mesra kanak-kanak untuk si kecil tersayang agar selamat semasa menunggang
2. Yamaha Ego Avantiz

Skuter Yamaha Ego Avantiz ni memang antara skuter pilihan remaja masa sekarang. Bukan perempuan ja yang sukakan model ni, lelaki pun ada juga yang gunakan model Avantiz.
Bagi Skuter Ego Avantiz pula, skuter ni merupakan skuter 125cc dengan berat 96kg. Masih antara skuter yang ringan.
Dari segi reka bentuk, Yamaha Ego Avantiz memang antara skuter yang paling stylish dan digemari. Antara ciri-ciri yang terdapat pada skuter ini:
- Dikuasakan Blue Core Technology: dikuasakan oleh Yamaha yang menjanjikan lebih kuasa dengan penggunaan minyak yang kurang
- Dilengkapi Safety Parking Lock System: sistem on/off ketika parking yang daat memastikan skuter anda selama ketika enjin tidak berkerja
- Sistem simpanan yang luas iaitu 14L, muat untuk penyimpanan helmet
- Mempunyai meter dengan ECO indikator
3. Honda BeAT

Di samping skuter jenama Yamaha, Honda pun ada skuter yang ringan. Contohnya Honda BeAT.
Model ni memang antara skuter yang famous dalam kalangan pelajar sekolah. Tambahan pula, sekarang dah didatangkan dengan design baru yang lebih stylish. Bagi yang nakkan motor skuter yang ringan, anda patut pilih Honda BeAT sebab skuter ni cuma mempunyai berat 90kg.
Dari segi spesifikasi pula, Honda BeAT masih kekal dengan spesifikasi sebelum ini:
- sesaran 108.2 cc
- single-cylinder air-cooled engine
- mempunyai kuasa 8.67hp pada 7,500 rpm
- tork pada kadar 9.53Nm pada 5,500 rpm
- mempunyai peghidup elektrik dan penghidup tendang
- dilengkapi tangki minyak 4.2 liter
- peti penyimpanan seluas 11.7 liter
- antara skuter yang ringan dengan berat 90kg dengan tinggi tempat duduk 742mm
4. Modenas Karisma

Kalau perasan, dari no 1 sampai ke no 4 admin ada senaraikan motor skuter. Kenapa?
Sebab skuter selalunya lebih mudah dikendalikan oleh perempuan sebab ianya dapat dikendalikan secara automatik. Tambahan lagi, skuter lebih senang untuk ditunggang walaupun dengan pakai skirt labuh.
Pilihan ke-4 admin senaraikan Modenas Karisma 125S. Karisma 125S merupakan skuter yang baru saja dikeluarkan oleh Modenas Karisma bagi menggantikan model yang terdahulu.
Antara ciri yang didatangkan bagi skuter Modenas Karisma 125S ialah:
- enjin 125cc
- lampu hadapan dengan lampu pencahayaan siang LED dan lampu kecemasan
- lampu brek belakang LED
- dilengkapi dengan kombinasi panel meter digital
- mempunyai tangki minyak 5.1 liter
- lengkap dengan ruang penyimpanan 14 liter
- terdapat pengecas USB
- suis pembuka tempat duduk yang baru
5. Yamaha Lagenda 115Z

Untuk segmen kapcai pula, motor Yamaha Lagenda juga antara yang menjadi tarikan bagi kaum perempuan. Bagi yang masih belum tahu, model Lagenda merupakan antara model paling murah bagi jenama Yamaha.
Antara sebab Yamaha Lagenda menjadi tarikan sebagai motor pilihan perempuan ialah disebabkan beratnya yang tidak keterlaluan iaitu 100kg.
Jika anda berminat untuk lihat lebih banyak lagi motosikal yang dijual di CHJ Motors, anda boleh terus ke www.chinhin.com/shop
Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.