Peminat motosikal Modenas pasti akan rasa teruuja. Apa tidaknya, Modenas Dominar D400 2021 dah ada di CHJ Motors.
MODENAS (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd) baru-baru ini telah memperkenalkan Modenas Dominar D400 UG versi 2021. Untuk pengetahuan semua, motosikal ini berada dalam varian “sports tourer”. Model naiktaraf ini telah menerima beberapa peningkatan teknikal pada tahun ini berbanding tahun 2018.
Terdapat dua pilihan warna baharu berbanding versi asal iaitu “Savanna Green” dan “Charcoal Black”.


Antara ciri naiktaraf / update feature Modenas Dominar D400 2021 paling menarik pada kali ini:
- Penyerap hadapan terbalik atau “Upside Down (“USD”) Fork”
- Enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair
- Berkuasa 40PS dan tork 35Nm
- Mempunyai sistem ekzos muncung berkembar baharu
Buat pengetahuan semua, model ini merupakan sebuah model sports tourer premium paling mampu milik di dalam segmennya.
Dengan harga yang menarik serta suntikan teknologi terkini, motosikal ini pasti akan menjadi sebuah pelaburan yang bijak bagi para pembeli.
Selain itu, Dominar D400 terbaharu ini juga menampilkan cakera brek bersaiz 320 mm di hadapan dan 230 mm di belakang, dan dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (“ABS”) “dual channel”.










Ia turut dilengkapi penyerap hentakan tunggal Nitrox di belakang yang membolehkan penunggang membuat penalaan suspensi untuk mendapat kualiti tunggangan menepati kehendak masing-masing.
Disamping itu, motosikal ini turut dipadankan dengan sistem klac “Assist and Slipper” yang akan membantu ketika penukaran gear secara mengejut.
Tampil lebih bergaya, varian ini juga menerima kemasan “tankpad” bercorak carbon baharu serta logo Dominar pada tempat duduk belakang.
Ciri-ciri lain yang turut didatangkan untuk model ini ialah:
- Dua paparan meter LCD yang kini lengkap dengan indikasi gear, penunjuk kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm, serta penunjuk tahap minyak
- Lampu hadapan automatik jenis “LED mosaic” yang membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5km
Bagi yang tertanya-tanya harga Modenas Dominar D400 2021 di Malaysia, anda boleh rujuk di bawah.
Anda boleh dapatkan Modenas Dominar D400 UG 2021 di CHJ Motors mulai hari ini. Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.