Kalau anda perasan, dah banyak sebenarnya motor dekat Malaysia ni yang dilengkapi dengan fungsi ABS. Walaupun begitu, masih ada ja motor yang tak dilengkapi dengan fungsi ABS. Jadi apa itu ABS?
Apa Itu ABS?
ABS bermaksud Anti-lock Braking System atau lebih dikenali dengan sistem ABS iaitu sistem brek anti-kunci. Selain dari motosikal, ABS juga terdapat pada kereta.
Kegunaan ABS? Penting Tak Untuk Motosikal?
ABS berfungsi untuk mengelakkan roda motosikal dari terkunci ketika membrek. Situasi ini sering terjadi apabila penuggang brek dengan kuat dan mengakibatkan roda terkunci.
Dengan adanya sistem ABS, pengesan akan memberi isyarat epada pam brek hidraulik untuk mengepam. Dengan cara ini, ia dapat memastikan roda tidak terkunci dan dalam masa yang sama turut membenarkan kuasa brek maksimum disalurkan.
Secara ringkas, sistem ABS dapat membantu memastikan ada sentiasa berada dalm kawalan, mampu mengawal handle motor dalam situasi membrek samada ketika panas mahupun semasa hujan.
Bagi admin, sistem ABS ni sangat penting untuk motosikal. Tapi buat masa sekarang, tak semua motosikal yang mempunyai sistem ABS. Dari segi harga pula, motosikal yang mempunyai ABS mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding motosikal biasa.
Jom tonton video ni untuk lihat perbezaan motosikal ABS dan non-ABS
Tanda Sistem ABS Motor Anda Rosak
Berikut merupakan antara cara untuk mengesan sistem ABS rosak:
- Lampu ABS menyala
- Roda terkunci semasa membrek
- Pedal brek tidak responsif
- Pedal brek perlu ditekan lebih
Jika motor anda mengalami masalah diatas, anda boleh terus bawa ke mana-mana bengkel yang terdekat ataupun terus ke bengkel CHJ Motors berdekatan anda.
Harga Motor Yang Mempunyai ABS
Jika anda bertanyakan harga motor yang mempunyai ABS, rata-ratanya harga bermula serendah RM7,000 dan ke atas bergantung kepada jenama dan model.
Contoh Motor Yang Dilengkapi ABS di Malaysia
Kami akan senaraikan motosikal di Malaysia yang mempunyai ABS dan anda boleh dapati di CHJ Motors.
1. Modenas RS200 ABS
Berkenaan CHJ Motors
Ditubuhkan pada 1971 sebagai salah sebuah pengedar motosikal terawal di Kedah, Chin Hin (Jitra) Sdn. Bhd. (CHJ Motors) memfokuskan kepada pengedaran motosikal asli dari pengeluar tempatan ke luar negara, serta mempromosikan inovasi teknologi dalam pasaran motosikal dan membangunkan rangkaian pengedaran yang luas di Utara dan Semenanjung Malaysia.
Anda boleh dapatkan motorsikal terbaru di CHJ Motors. Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.
–FS