Honda BeAT

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Miliki Skuter Honda BeAT

Mesti ada yang tengah fikir nak beli skuter kan?

Kali ni, admin akan bercerita berkenaan skuter Honda BeAT. Skuter ini merupakan keluaran Honda yang sering diperbaharui tahun demi tahun.

Disebabkan permintaan skuter yang sentiasa konsisten, Honda sering melakukan update dan improvement dari segi model dan grafik bagi skuter ini.

Anda berada di website yang betul jika anda masih berkira-kira untuk miliki skuter ini. Pada kali ini, admin akan cerita 5 sebab kenapa anda perlu miliki skuter Honda BeAT.

1. Skuter lebih ringan

Jika anda mencari skuter yang ringan, skuter BeAT merupakan skuter yang anda perlu miliki. Untuk pengetahuan anda, skuter ini cuma mempunyai berat 90kg dan paling ringat jika dibandingkan dengan jenama skuter yang lain.

Faktor yang ringan menjadi penyebab utama kenapa skuter ini digemari oleh perempuan dan juga pelajar sekolah. Kerana itulah skuter ini dikatakan skuter yang lincah dan berstyle dalam kalangan remaja sekarang. 

Rekaan grafik motor skuter  ini juga sangat stylish dengan pilihan warna yang menarik. Skuter ini turut didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Pink, Merah, Hitam dan Biru.

2. Lebih Selamat

Selain itu, skuter ini juga telah ditambahbaik dengan fungsi tuas penguncian brek. Tuas penguncian brek ini berfugsi untuk mencegah pemecutan secara tidak sengaja apabila motosikal berhenti.

Disamping itu, skuter ini turut mempunyai ruang penyimpanan yang lebih luas iaitu dengan kapasiti 11.7 liter. Dengan adanya ruang yang luas, anda boleh menyimpan barangan berharga di ruang ini. Jadi, lebih selamat. Anda tak perlu bawa barang berharga kemana saja di dalam beg. Simpan ja dalam ruang penyimpanan skuter ni.

3. Harga yang berpatutan

Disamping itu, harga skuter Honda BeAT sangat berpatutan jika dibandingkan dengan skuter lain.

Skuter ini mempunyai bayaran muka yang rendah serta bayaran bulanan mampu milik. Jadi, tak hairanlah kalau begitu ramai pelajar sekolah yang selalu dapatkan motor skuter ini sebagai motosikal pilihan mereka.

Pilihan Warna Skuter Honda Beat

4. Skuter jimat minyak

Untuk pengetahuan anda, Honda BeAT merupakan antara skuter jimat minyak yang anda perlu miliki. 

Skuter ini merupakan skuter pertama yang diiktiraf EEV (iaitu status Kenderaan Cekap Tenaga) pada tahun 2016. Jadi, tak hairanlah ramai anak muda yang cenderung untuk memilih skuter ni.

5. Harga alat ganti yang lebih berpatutan

Akhir sekali, anda patut milik skuter keluaran Honda ini kerana harga alat gantinya juga berpatutan. Memang benar, alah membeli menang memakai.

Tapi setidaknya, anda dapat jimat banyak jika memilih untuk menggunakan skuter BeAT sebagai skuter harian. Dah la harga berpatutan, harga alat ganti pun mampu milik.

Anda boleh milik skuter Honda BeAT di CHJ Motors .Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.

-FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.