Honda CBR150R 2021 Masuk Malaysia

Honda CBR150 2021 Dah Masuk Malaysia

Honda CBR150R 2021 ni betul dah jadi satu fenomena.

Katanya dah masuk Malaysia, betul ke?

Honda CBR150 2021 Dah Masuk Malaysia?

Ya, tepat sekali. Untuk pengetahuan semua, Honda CBR150R 2021 baru ada di Malaysia sejak minggu lepas lagi. Sebenarnya, model CBR150R ni merupakan saingan terdekat bagi Yamaha YZF-R15.

Model ni didatangkan dengan DOHC, penyejuk cecair 4-lejang dengan sesaran enjin 149.2 cc. Kuasa maksimum bagi CBR150R dikatakan 12.0kW pada 9,000 rpm dab 13.7kW pada 7,000 rpm.

Cir-ciri menarik yang terdapat pada Honda CBR150R 2021:

  • Mempunyai sistem pencahayaan penuh lampu LED
  • Dilengkapi paparan penuh panel meter digital
  • Terdapat 2 saluran ABS (anti-lock braking system)
  • Dikuasakan dengan enjin DOHC dan 6 kelajuan
  • Mempunyai suspensi depan terbalik untuk stabiliti
  • Dilengkapkan dengan klac assist dan slipper

Selain itu, model ini mempunyai 6 transmisi kelajuan serta dilengkapi dengan klac assist dan slipper untuk penukaran gear yang lebih lancar.

Bagi muatan tangki minyak pula, Honda CBR150R ini mampu memuatkan sebanyak 12 liter minyak. Tambahan lagi, model ini juga mampu menanggung sehingga 139kg jika dibandingkan dengan Yamaha YZF-R15 yang mampu memuatkan 11 liter minyak dan berat sehingga 137kg.

Model Honda CBR150R juga turut dilengkapi dengan brek ABS  serta cakera hidraulik di bahagian depan dan belakang.

Bagi sistem pencahayaan, model ini didatangkan dengan lampu LED dan agak sedikit menyerupai CBR250RR. 

Terdapat 2 pilihan warna yang dikeluarkan oleh Honda Malaysia iaitu Matte Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red

Jadi, berapa harga CBR150 2021 di Malaysia?

Anda boleh semak harga di website kami.

Anda boleh dapatkan CBR150R 2021 di CHJ Motors mulai hari ini. Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.

-FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.