Memang ramai betul yang bertanya berkenaan motor loan kedai deposit murah.
Jadi, kali ini kami akan ceritakan beberapa buah motosikal yang anda boleh miliki dengan deposit bawah RM1,000.
Untuk pengetahuan semua, harga boleh berubah mengikut harga pasaran. Jadi sangat penting untuk anda semak harga semasa; sebelum membeli mana-mana motosikal.
Motor Loan Kedai Deposit Murah
Jadi bagi memudahkan anda, kami akan senaraikan beberapa model untuk bantu anda membuat pilihan motor mengikut bajet anda.
1. Modenas Kriss MR3

Modenas Kriss 110 merupakan antara motor yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Bukan sahaja mempunyai bayaran muka yang rendah, motor ini juga berkualiti dan sesuai untuk penunggangan harian.
Antara ciri-ciri yang dilengkapi bagi Modenas Kriss 110:
- Mempunyai enjin 110cc yang mematuhi piawaian EURO 3 dan lebih mesra alam
- Mempunyai ruang simpan bawah tempat duduk yang besar untuk kemudahan penunggang
- Dilengkapi pencahayaan lampu LED yang mematuhi standard ECE untuk keselamatan penunggangan
- Terdapat paparan speedometer yang kompak dengan kemasan karbon
- Mempunyai penyerap hentak dwi kejutan bagi memberi penunggangan yang selesa
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
2. Modenas Kriss Disc Brake

Modenas Kriss Disc Brake pula ialah evolusi dari Modenas Kriss MR3 yang telah ditambahbaik.
Model ini jugak mempunyai bayaran muka yang rendah dan sesuai untuk digunakan setiap hari.
Antara ciri yang dilengkapi model ini ialah:
- mempunyai brek cakera hadapan bagi meningkatkan ketetapan brek. Lebih selamat.
- dilengkapi dengan tolak aras bahan bakar LED
- dapat menyimpan barang dalam ruang simpan 6.6L di bawah tempat duduk
- mempunyai soket pengecas USB
- menyediakan suis lampu kecemasan
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
3. Yamaha Lagenda

Yamaha Lagenda ialah satu-satunya model yang mempunyai bayaran muka bawah RM1,000 untuk jenama Yamaha.
Bagi model Lagenda, antara ciri kesukaan ramai ialah:
- mempunyai reka bentuk yang menarik
- terdapat muffler yang membenarkan laluan udara secara konsisten bagi mengurangkan bunyi enjin
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
4. Honda EX5

Motor Honda EX5 sentiasa dicari walaupun sudah terdapat banyak model dengan design yang terkini.
Antara kelebihan yang ada pada Honda EX5 ialah:
- reka bentuk yang lebih retro
- dikuasakan dengan sesaran enjin 109cc
- mempunyai pelana dan tempat duduk yang cukup empuk untuk keselesaan penunggang
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
5. Honda Wave Alpha

Bagi yang menggemari motor Honda dengan harga mampu milik, Wave Alpha pastinya perlu tergolong dalam pilihan anda.
Motor Wave Alpha juga banyak digunakan oleh rider Foodpanda untuk kegunaan harian.
Antara ciri yang dimilik Honda Wave Alpha ialah:
- mempuyai sesaran 110 cc
- mempunyai ruang simpan yang sesuai untuk kegunaan harian
- dicipta dengan rekaan grafik yang baharu
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
6. Honda Dash

Bagi motor dengan 125cc pula, Honda Dash adalah pilihan untuk dapatkan motor dengan deposit murah.
Honda Dash dengan warna baru memang nampak sangat menyerlah dan cantik dengan rekaan yang tampak lebih fresh.
Antara ciri yang ada pada motor Honda Dash ialah:
- mempunyai meter kelajuan serba moden
- ditambah jaluran rim yang dapat menampakkan model ini kelihatan lebih stylish
- ditambah pelindung kaki bergaya untuk memastikan keselesaan kaki semasa menunggang
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
7. Honda Wave 125

Honda Wave 125 juga merupakan antara model 125 cc dengan harga deposit yang murah dan mampu milik.
Dengan rekaan serba baru ini, sudah pasti dapat menarik lebih ramai untuk memiliki model ini.
Model Wave 125 ini dilengkapi dengan:
- rekaan lampu belakang yang lebih menarik
- meter panel yang jelas dan kelihatan mewah
- tangki minyak 5.4 liter
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
8. Honda BeAT

Skuter Honda BeAT merupakan satu-satunya skuter yang anda boleh dapat dengan harga bawah RM1,000 menggunakan loan kedai.
Jika dibandingkan dengan skuter dari jenama Yamaha, skuter Honda BeAT lebih mudah didapati di kebanyakan kedai tanpa perlu booking terlebih dahulu.
Skuter ini dilengkapi dengan:
- enjin eSp (enhanced Smart Power) bagi meningkatkan prestasi optimum
- rekabentu eSAF (enhanced Smart Architecture Frame) yang dapat memberikan anda tunggangan yang lebih mudah dikendalikan
- mempunyai lampu depan LED
- ruang penyimpanan lebih luas dengan 11.7 liter
- tangki minyak 42 liter
WhatsApp wakil jualan kami untuk pertanyaan lanjut, https://chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/
Kesimpulan
Kesimpulannya, anda boleh memiliki motor murah mampu milik mengikut bajet yang ditetapkan.
Apa yang anda perlu tahu ialah setiap kedai motor mempunyai skim bayaran mereka yang tersendiri. Skim bayaran motor ini berlainan antara setiap kedai motor.
Selalunya, kedai motor akan menetapkan minimum bayaran muka untuk setiap model motosikal. Namun, anda juga boleh memilih untuk membayar bayaran muka mengikut kadar yang anda inginkan. Asalkan, bajet yang anda tetapkan melebihi minimum bayaran muka yang telah ditetapkan oleh kedai.
-FS