Bila pertama kali nak ambil lesen memandu ni, memang akan rasa nervous jugak. Biasa la, sebab masih tak tahu apa sebenarnya prosedur nak buat.
Kegunaan Lesen L Motosikal
Tu normal untuk yang baru nak ambil lesen. Tapi untuk yang ada lesen pun masih confuse lagi. Kadang tu, ada yang masih tak sure apa sebenarnya kegunaan lesen L motosikal.
Jadi kali ini, kami akan bagi penerangan ringkas berkenaan lesen yang digunakan untuk bawa motor dan kereta.
Maksud Lesen L dan Lesen P
Lesen L: Sebenarnya, lesen L membawa maksud Learner Driving License (LDL) atau dalam Bahasa Melayu ialah Lesen Memandu Pelajar.
Lesen P: Lesen P pula membawa maksud Probactionary Driving License (PDL) atau Lesen Memandu Percubaan.
Lesen L Boleh Bawa Motor Tak?

Lesen L ni akan dapat apabila anda telah lulus ujian komputer dan telah mengikuti kursus KPP 6 Jam.
Ramai yang tanya, lesen L boleh bawa motor tak?
Untuk lesen L motosikal, anda dibenarkan untuk bawa motor di atas jalanraya tanpa pembonceng.
Berbeza dengan lesen L kereta dimana anda tidak dibenarkan untuk membawa penumpang. Anda juga hanya dibenarkan memandu di atas jalanraya dengan pengawasan Jurulatih Memandu yang diiktiraf.
Cara Buat Lesen L di JPJ
Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ dan kiosk-kiosk eKhidmat
Kelayakan bagi permohonan LDL :
- Berumur melebihi:
1.1. 16 tahun untuk kelas A,B2,B dan
1.2. 17 tahun untuk kelas A1,Ddan DA
1.3. 21 tahun untuk kelas E,F,G,H,I dan lesen vokasional kecuali CON berumur 18 tahun - Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 dan keputusan ujian telah dikemaskini (masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun)
- LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan sehingga tempoh maksimum 2 tahun daripada tarikh mula lesen dikeluarkan
Cara Perbaharui Lesen L
Pembaharuan lesen belajar memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)
Syarat- syarat pembaharuan:
- Tempoh LDL tidak melebihi 2 tahun
- Tidak disenaraihitamkan
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen memandu asal/salinan;
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
- Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
Cara Tampal Stiker L Motor
Bagi yang baru je dapat lesen L, mesti masih keliru macam mana cara tampal stiker L motor.
Anda boleh rujuk gambar di bawah:






Lesen L Boleh Beli Motor Tak?
Bila dah dapat lesen L ni, mesti ramai yang tak sabar nak ada motor sendiri. Untuk mereka yang tertanya-tanya samada lesen L boleh beli motor tak; jawapannya BOLEH! Di CHJ Motors, kami turut terima pembelian motor menggunakan lesen L bagi pinjaman / loan kedai.
Antara dokumen yang diperlukan ialah (berdasarkan loan kedai di CHJ Motors):
- IC
- lesen 3 bulan
- slip gaji 3 bulan (jika perlu)
- EPF statement (jika perlu)
Anda berminat untuk beli loan kedai di CHJ Motors?
Anda boleh bbeli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.