Baru-baru ini, Honda telah keluarkan kenyataan tentang pengeluaran model Honda RS-X edisi Repsol sebanyak 5,000 unit. Memang kita dapat kata yang RS-X Repsol ni versi limited edition la kiranya.
Tapi daripada segi ciri-ciri tambahan dan juga teknikal, semuanya masih sama dengan Honda RS-X keluaran yang sebelum ini.








Untuk pengetahuan anda, Honda RS-X edisi Repsol dilengkapi dengan lampu LED berkembar telah dialih ke bahagian bawah. Selain itu, rekaan ekzos dan panel meter digital juga diberikan rekaan serba baru.
Model ini mempunyai enjin silinder tunggal 150cc. Kuasa maksimum masih kekal dengan 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm.
Tambahan lagi, model ini juga turut dilengkapi dengan sistem ABS saluran tunggal bagi sistem brek cakera depan dan belakang. Ia juga mempunyai fork teleskopik hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang.
Di samping itu, Honda RS-X Repsol ini juga masih mengekalkan kapasiti tangki bahan api iaitu dengan 4.5 liter dengan pelana berketinggian 795mm. Bagi rim pula, ianya bersaiz 17 inci serta dibaluti tayar 90/80R17 di depan dan 120/70R17 di bahagian belakang.
Berkenaan harga Honda RS-X Repsol, anda boleh semak secara tunai dan pinjaman kedai di sini:
Anda boleh dapatkan Honda RS-X edisi Repsol di CHJ Motors mulai hari ini. Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.
–FS