geran motor hilang

Apa Perlu Buat Kalau Geran Motor Hilang?

Memang runsing betul bila geran motor hilang. Dah cari merata, tapi tetap tak jumpa. 

Tapi anda kena tahu juga, geran yang anda hilangkan tu sebenarnya geran salinan ataupun geran original.

Macam mana nak tahu beza geran salinan atau geran original?

geran motor kereta original
[Kredit]

Sebenarnya tengok pun dah tahu sebab terang-terang geran salinan cuma dari salinan fotostat. Tapi cara paling mudah ialah anda kena tahu samada motor anda dah habis bayar atau belum.

Untuk motor yang belum habis bayar (jika buat pinjaman bank atau pinjaman kedai), pihak bank atau kedai akan pegang dahulu geran original sehinggalah anda telah selesai membayar kesemua hutang dengan mereka. 

Maksudnya disini, selagi anda belum langsaikan pembayaran pinjaman; selagi itulah anda anda hanya akan memegang salinan geran sahaja.

Apa Perlu Buat Kalau Geran Motor Hilang?

Ada beberapa langkah yang boleh anda ikuti jika geran motor hilang. 

Disini kami akan terangkan cara untuk dapatkan geran dari bank, kedai motor dan JPJ.

Cara Dapatkan Salinan Geran Dari Bank

Biasanya jika anda masih belum habis bayar pinjaman, geran original akan dipegang oleh bank.

Jadi sekiranya geran anda hilang, anda hanya perlu ke cawangan bank yang menguruskan urusan motor anda.

  1. Hadir ke cawangan tempat anda tandantangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaan
  2. Isi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliran
  3. Setelah nombor dipanggil, datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas
  4. Setelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan

(Kredit: ecentral.my)

Cara Dapatkan Salinan Geran Dari Kedai

Jika anda lakukan pinjaman kedai, maka anda boleh dapatkan geran anda dari kedai tersebut. 

Jika di CHJ Motors, anda boleh terus ke cawangan berdekatan ataupun boleh terus WhatsApp customer service kami untuk permohonan salinan geran di www.wasap.my/+60122534967 .

Pihak kami akan menerangkan berkenaan cara-cara untuk dapatkan salinan geran anda dengan mudah.

Cara Dapatkan Salinan Geran Dari Kaunter JPJ

Sekiranya motor anda tidak lagi terikat dengan pinjaman bank dan pinjaman kedai, maka anda boleh terus ke JPJ yang berdekatan.

Pastikan anda membawa dokumen yang disebutkan di bawah bersama-sama:

  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  4. Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  5. Fi yang telah ditetapkan.
    contoh borang JPJ K7
    Contoh borang JPJ K7. [Kredit]

Cara Dapatkan Salinan Geran Dari Kiosk JPJ

Jika anda jenis yang tidak suka ke kaunter, anda juga boleh dapatkan terus dari kiosk JPJ yang berdekatan.

Berikut merupakan senarai kiosk JPJ yang terdapat di seluruh Malaysia:

kiosk jpj berdekatan
[Kredit]

Cara menggunakan kiosk JPJ untuk mendapatkan geran:

  1. Masukkan kad pengenalan untuk pengesahan
  2. Lakukan imbasan cap jari kanan
  3. Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan daripada menu
  4. Masukkan kad debit dan no PIN
  5. Bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) bagi transaksi yang berjaya akan dikenakan

Kesimpulan

Pastikan anda simpan geran anda sebaiknya. Sebab masih ada yang hubungi kedai motor untuk minta geran bagi motor yang dibeli 10 tahun lepas untuk tujuan pengisytiharan harta. 

Selalunya, kedai motor hanya menyimpan geran selama 5 tahun sahaja jika segala pinjaman telah dilangsaikan.

Akhir kata, kami berharap agar artikel ini dapat memudahkan anda untuk mendapatkan semula geran motor yang hilang.

FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.