Pilih Tayar Yang Sesuai Untuk Rim Motosikal

Cara Pilih Tayar Yang Sesuai Untuk Rim Motosikal Anda

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai jenis dan saiz tayar motosikal di pasaran. Sampai pening pulak bila nak beli tayar; sebab bimbang tak sesuai dengan rim. Jom kami terangkan cara pilih tayar yang sesuai untuk rim motosikal anda.

Cara Pilih Tayar Yang Sesuai Untuk Rim Motosikal

Anda perlu kenalpasti dulu tayar jenis apa yang sesuai dengan motosikal anda. Kadang-kadang, sesuai dengan saiz sahaja tidak cukup. Terdapat banyak lagi faktor yang perlu diambilkira.

Anda boleh rujuk carta di bawah mengikut saiz tayar dan lebar rim yang sesuai.

Cara Pilih Tayar Yang Sesuai Untuk Rim Motosikal

Kebanyakan tayar menggunakan format metrik. 

cara baca saiz tayar
Kredit

Sebagai contoh, tayar diatas menunjukkan 225/70R16

  • Nombor pertama (225) merupakan lebar tayar dalam unit mm
  • Nombor kedua (70) merupakan ratio yang menunjukkan ketinggian bahagian tepi. Maksudnya, tinggi tayar ialah 70% daripada lebar tayar atau 158mm 
  • Nombor yang ketiga (16) ialah merupakan saiz rim. Dalam kes ini, diameter rim ialah 16 inci

  • Huruf di antara nombor kedua dan ketiga pula ialah jenis tayar samada jenis R atau B. Jika tiada sebarang huruf, tayar tersebut merupakan jenis bias ply.

Boleh Tak Gunakan Apa-Apa Saiz Tayar Je Pada Rim?

Ramai yang sering tanyakan soalan ni. Ada yang nak tayar lebar, tapi tak kurang juga yang nakkan tayar yang lebih kecil.

Sebenarnya, pengeluar motosikal sendiri tidak menggalakkan anda menggunakan tayar yang terlalu lebar dan terlalu kecil. Melainkan jika anda tukar sekali dengan saiz rim anda mengikut saiz tayar tersebut.

tayar dan rim

Tayar Motor Besar Tapi Lebar Rim Kecil

Apa jadi kalau pasang tayar motor yang lebih lebar dari saiz rim? Dari sini kita akan dapat lihat yang lebihan tayar akan terkeluar dari saiz rim.

Tayar Motor Lebih Kecil Dari Saiz Rim

Situasi ni bertentangan dengan kes diatas. Jika tayar lebih kecil dari saiz rim, kemungkinan rim akan lebih cepat rosak dan menyebabkan tayar perlu menampung segala tekanan ketika menyusuri selekoh. 

Kedua-dua situasi ini sangat tidak bagus untuk motosikal dan juga untuk keselamatan anda.

Kesimpulan

Akhir kata, pastikan anda memasang tayar yang sesuai pada motosikal anda untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini. Jika anda masih juga ingin memasang tayar motor yang anda idamkan, sebaiknya tukar dahulu kepada saiz rim yang sesuai.

Anda boleh dapatkan motosikal baru di CHJ Motors . Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.

FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.