caj tersembunyi beli motor

Ketahui Caj Tersembunyi Ketika Beli Motor

Untuk yang baru pertama kali nak beli motor, mesti ada perasaan yang macam ragu-ragu macam mana cara nak beli motor. Sebenarnya, banyak caj tersembunyi ketika beli motor yang anda perlu tahu.

Anda perlu sentiasa tanya soalan supaya dapat selamatkan diri anda daripada ‘terkena’. Sebab ada antara kedai yang akan gunakan trick tertentu untuk buatkan bakal pelanggan melihat harga motor di kedai mereka lebih rendah.

Caj Tersembunyi Ketika Beli Motor

Jadi sebab itulah anda kena tahu hidden charge atau caj tersembunyi ketika beli motor. Gunakan tips ini setiap kali anda nak beli motor. Memang nampak macam tanya soalan banyak, tapi soalan macam ni la yang dapat selamatkan diri anda di kemudian hari.

1. Roadtax dan Insurans

Setiap motosikal yang berada di atas jalanraya perlu mempunyai roadtax dan insurans supaya dapat bergerak bebas di atas jalan. 

Namun apa yang anda perlu tahu, kadang-kadang ada kedai motor yang akan meletakkan harga tanpa roadtax dan insurans di dalam iklan mereka. 

Harga roadtax dan insurans pula bukan sedikit. Kadang-kadang ada yang mencecah RM1,000 bergantung kepada motosikal yang digunakan.

 

beza first party dan third party insurance

Perbezaan First Party Insurance dan Third Party Insurance

Selain itu, anda perlu ambil tahu bahawa OTR (on-the road) yang dimaksudkan di dalam harga iklan bermaksud harga motor tersebut telah dicampur dengan harga insurans dan roadtax selama setahun.  Namun, anda perlu tahu bahawa insurans mempunyai 2 jenis iaitu first party insurance (comprehensive) dan third party insurance.

First-party insurance: motosikal pemilik dan pihak ketiga (motor lain) dilindungi insurans. Harga lebih rendah.

Third-party insurance: hanya motor pihak ketiga (motor lain) sahaja dilindungi insurans. Harga lebih tinggi.

Kenapa Ada Kedai Motor Jual Harga Lebih Murah?

Kadangkala, ada kedai motor yang tidak meletakkan harga OTR. Mereka cuma letakkan harga motor sahaja. Sebab tu kadang-kadang nampak ada kedai yang dapat jauh lebih murah dari kedai motor lain.

Selain itu, ada juga keadaan dimana anda mungkin dapat lihat harga motor di kedai A lebih rendah berbanding kedai B. Tapi mungkin kedai A meletakkan harga third party insurance dan kedai B meletakkan harga first party insurance.

Untuk selamat, sebaiknya anda tanya dulu harga sebenar OTR yang dimaksudkan.

 

2. Nombor Plat

Di samping itu, anda juga perlu ambik tahu berkaitan nombor plat samada perlu dikenakan caj ataupun tidak. Jika di CHJ Motors, pemilihan running number tidak memerlukan apa-apa caj tambahan.

Apa Maksud Plat Running Number?

Plat running number bermaksud nombor plat yang mengikut ketetapan nombor yang sepatutnya. Contohnya selepas 1233 ialah 1234, 1235, 1236. Maka inilah yang dimaksudkan dengan running number.

Bagi booking number plat pula, terdapat caj yang akan dikenakan.

Apa itu Booking Nombor Plat?

Selalunya, samada booking abjad depan mahupun nombor belakang. 

Sebagai contoh plat UUU, UUM

Bagi booking nombor, seperti 8894. Dimana kedai motor perlu ‘rebut’ nombor tersebut supaya dapat diberikan kepada pelanggan.

Jadi, anda perlu kenalpasti betul-betul jika terdapat kos tambahan bagi nombor plat motor.

3. Kos Penghantaran

Bagi kos penghantaran disini bermaksud jika motosikal boleh dihantar dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa anda perlu ambil di kedai.

Jika di CHJ Motors, anda akan dapat percuma penghantaran motor ke Semenanjung Malaysia jika membeli secara loan kedai. Bagi motor yang dibeli secara tunai, terdapat caj yang dikenakan mengikut cc motor tersebut.

Jadi, bila anda lihat sebarang iklan berkenaan penghantaran motor; anda perlu pastikan betul-betul jika terdapat sebarang caj yang dikenakan serta apakah terma dan syarat bagi kedai motor tersebut.

4. Handling Fee

Di samping itu, terdapat kedai motor yang mengenakan handling fee. Tapi, tak semua kedai motor mengenakan caj bagi handling fee.

Selalunya, handling fee akan dikenakan kepada customer disebabkan mereka bukan authorised dealer bagi jenama motor tertentu.

Tapi di CHJ Motors, kami tak kenakan sebarang handling fee sebab kami merupakai authorized dealer (pengedar sah motor). Jadi barangan servis motor yang digunakan disini juga 100% tulen dari kilang motor.

Jadi, anda perlu tanya adakah kedai motor tersebut mengenakan sebarang handling fee.

5. Processing Fee

Selain dari handling fee, terdapat juga kedai yang mengenakan processing fee.

Prosessing fee bermaksud caj proses yang dikenakan terhadap pelanggan jika hendak memohon loan di kedai motor.

Namun di CHJ Motors, kami tidak mengenakan sebarang processing fee. Jika hendak memohon loan kedai, pelanggan hanya diminta untuk membayar RM50 untuk meneruskan proses. Namun, jika pelanggan tidak layak memohon loan kedai maka kami akan refund semula RM50 pelanggan.

So sebelum anda beli motor, tanya dulu samada kedai motor tersebut kenakan processing fee atau tidak.

Beli Motor Online

6. Deposit Burn Tak?

Antara hidden charge atau kos tersembunyi yang ramai tak ambil tahu ialah:

Adakah anda akan dapat duit semula jika anda cancel dan tidak jadi beli motor?

Memang betul, terdapat kedai motor yang akan ‘burn’ deposit anda. Namun di CHJ Motors, kami akan refund semula duit anda 100% tanpa sebarang bayaran.

Jadi, anda perlu betul-betul kenalpasti adakah kedai motor tersebut akan ‘burn’ deposit anda jika anda tak jadi beli motor. Sangat penting, tapi masih ramai yang terlepas pandang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak salah untuk bertanya banyak sebelum membeli motosikal. Bak kata pepatah; malu bertanya, sesat jalan.

Jika anda tidak bertanya soalan-soalan seperti di atas, anda mungkin akan terkeliru kenapa pada awalnya anda diminta untuk bayar dengan harga sedemikian. Tapi akhirnya, perlu tambah lagi duit dengan harga sedemikian. Kan makin susah nak bajet kalau macam tu?

Kami harap agar artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan sebelum membeli motosikal.

Anda berminat untuk beli loan kedai di CHJ Motors?

Anda boleh beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.