Apa Beza Loan Bank dan Loan Kedai?

Walaupun dah tahun 2022, masih ramai lagi yang tanya apa beza loan bank dan loan kedai?

Kenapa ada sesetengah orang lebih sukakan loan kedai berbanding loan bank? Jom kami terangkan perbezaan antara kedua-dua loan ni.

Beza Loan Bank dan Loan Kedai

Sebenarnya, yang membeza kedua-dua loan ni adalah dari segi:

  • syarat-syarat untuk buat pinjaman motor
  • bayaran muka yang dikenakan
  • proses setelah buat pinjaman

Sebenarnya, setiap pilihan juga ada kebaikan dan keburukan tersendiri dari segi nak buat loan bank atau loan kedai. Namun, terpulang kepada anda untuk memilih yang ‘kena’ dengan kehendak anda.

Loan Bank

Antara kebaikan dan keburukan beli motor guna loan bank.

 

Beza Loan Bank dan Loan Kedai

Cara Bayar Motor Guna Loan Bank

Bila kita kata nak buat loan dengan bank, bermaksud kita akan lakukan pinjaman untuk beli motor daripada bank.

Maksudnya disini, setiap kali nak bayar duit motor, anda akan bayar di bank.

Dokumen Yang Diperlukan

Selalunya, antara dokumen yang diperlukan untuk buat loan bank bagi membeli motosikal ialah:

  • IC
  • slip gaji 3 bulan

Blacklist atau Bankrup

Selalunya, bank memang tak akan terima mana-mana individu yang ada blacklist (disenaraihitamkan) atau yang telah bankrup. Jadi, sangat sukar untuk individu yang mempunyai masalah ini untuk dapatkan pinjaman dari mana-mana bank.

Penjamin Loan Bank

Bagi setiap pinjaman dari bank, anda dikehendaki untuk menyertakan nama penjamin.

Tujuan penjamin disertakan ialah supaya pihak bank dapat menghubungi penjamin jika pemilik motor tidak membayar loan bank yang telah mereka pinjam tadi.

Namun seandainya peminjam tidak membayar loan bank, pihak bank akan terus menghubungi penjamin dan meminta mereka melunaskan hutang peminjam tadi.

Kenapa Ramai Suka Beli Motor Guna Loan Bank?

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa ramai suka beli motor guna loan bank.

Antara sebabnya ialah:

  • anda boleh beli motor dengan kadar serendah RM1 (bayaran muka rendah)
  • terikat dengan bank, lebih selamat sebab tak dikejar ‘AhLong’

Loan Kedai

Antara kebaikan dan keburukan beli motor guna loan kedai.

 

Cara Bayar Motor Guna Loan Kedai

Berbeza pula dengan loan kedai, dimana anda akan bayar duit motor anda di kedai motor. Selalunya, bayaran muka yang dikenakan loan kedai lebih tinggi berbanding loan bank. Dan anda juga boleh pilih skim yang telah ditetapkan oleh kedai.

Kadangkala, anda juga boleh pilih sendiri bayaran muka motor yang anda mahu bayar. Tapi anda kena ingat, bahawa setiap kedai motor ada bayaran muka minimum yang berbeza berdasarkan model motor yang berbeza.

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi loan kedai motor pula, antara dokumen yang diperlukan ialah (berdasarkan loan kedai di CHJ Motors):

  • IC
  • lesen 3 bulan
  • slip gaji 3 bulan (jika perlu)
  • EPF statement (jika perlu)

Anda juga dapat membeli motor tanpa menggunakan slip gaji. Caranya, anda cuma perlu bayar skim harga yang tinggi sedikit berbanding skim paling rendah yang CHJ Motors sediakan.

Blacklist atau Bankrup?

Blacklist atau bankrup boleh mohon loan kedai tak?

Jawapannya, boleh dan tak. Kebanyakan individu yang mempunyai blacklist atau diumumkan bankrup hanya mempunyai pilihan untuk melakukan pinjaman kedai sahaja.

Namun, kebanyakan kedai motor akan meletakkan syarat tertentu untuk melakukan pinjaman kedai.

Antaranya, individu yang blacklist dan bankrup hanya dibenarkan untuk melakukan pinjaman kedai motor dengan membayaran bayaran muka dengan amaun yang tinggi daripada biasa. 

Sebagai contoh, jika model Honda BeAT boleh dibayar dengan bayaran muka RM800. Namun, bagi mereka yang blacklist akan dikehendaki untuk membayaran sehingga RM2,200.

Penjamin Loan Kedai Motor

Nak mohon loan kedai motor; ada penjamin atau tak ni sebenarnya selalu jadi tanda tanya.

Hal penjamin ni bergantung kepada kedai motor. Tapi di CHJ Motors, kami tidak perlukan penjamin. Kami hanya perlukan rujukan sebanyak 2 orang untuk mengesahkan berkenaan butir diri bakal peminjam yang telah dihantar kepada pihak kedai.

Namun, ada kes juga dimana CHJ Motors perlukan penjamin. Iaitu situasi dimana bakal peminjam mempunyai rekod blacklist atau rekod lampau yang ‘tidak elok’ sebelum ni.

Andainya semuanya baik dan anda dikira ‘clean’, maka jangan risau. CHJ Motors tidak akan minta anda untuk sertakan nama penjamin ke dalam sistem kami.

Kenapa Ramai Suka Beli Motor Guna Loan Kedai?

Antara sebab ramai yang akan membeli motor guna loan kedai di CHJ Motors:

  • tidak perlukan penjamin
  • tidak perlukan slip gaji
  • lebih senang untuk tukar motor dan buat trade-in (sebab tak terikat dengan bank)
  • mempunyai rekod lampau atau CTOS dan CCRIS tak clean
  • boleh bayar bulanan dengan berapa yang anda mampu (kalau tak ada duit, tapi tolong la bayar ikut amount yang sepatutnya)

CHJ Motors

Anda berminat untuk beli loan kedai di CHJ Motors?

Anda boleh bbeli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.

 

-FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.