Bagi peminat Honda, semestinya anda sentiasa nak tahu perkembangan semasa tentang motor yang dikeluarkan setiap tahun. Jadi memang tak pelik pun kalau anda tengah cari senarai motosikal Honda terbaru untuk tahun ni.
Bagi permulaan 2022, cuma ada beberapa motor jenama Honda yang baru diperkenalkan untuk tahun ni. Oleh sebab tu, kami akan senaraikan motosikal Honda dalam kategori 5 yang paling terakhir diperkenalkan di Malaysia. Yakni dari tahun 2021 – 2022.
Motosikal Honda Terbaru 2022
Kami mulakan dengan model motosikal Honda yang baru sahaja diperkenalkan.
1. Honda RS150R 2022 (RS150R V4)

Model Honda RS150R 2022 atau juga dikenali sebagai RS150R V4 baru saja diperkenalkan pada Mac 2022.
Dari segi kuasa, Honda RS150R dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 149.2 cc yang boleh menghasilkan 15.8 kuasa kuda @ 9,000 rpm. Ia juga mempunyai daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm dan turut dipadankan dengan transmisi enam tingkat kelajuan.
Antara spesifikasi terkini yang terdapat pada Honda RS150R 2022 ialah:
- Reka bentuk dan grafik moden: grafik pada kali ini nampak lebih bergaya dan menarik dengan rekaan penampilan yang ranggi
- Sporty muffler + EURO 4: direka agar kelihatan sporty dan ranggi yang memenuhi piawai EURO 4
- Enjin DOHC & 6 kelajuan: dengan enjin yang dipertingkatkan untuk prestasi yang luar biasa dan disempurnakan untuk kuasa dan kelajuan
- Lampu depan LED bergaya: menyerlahkan lagi penampilan bergaya serta mempertingkatkan keselamatan anda
- Panel meter LCD digital: panel meter LCD moden dan paparan berteknologi tinggi untuk tunggangan yang lebih efisien
- Sistem brek: sistem brek depan dan belakang menjanjikan keselesaan dan keyakinan semasa tunggangan anda
2. Honda EX5 2022 Limited Edition

Model EX5 2022 Limited Edition atau lebih dikenali dengan EX5 35th Edition pula diperkenalkan pada penghujung Februari 2022.
Sebenarnya, motor Ex5 2022 hanya dijual sebanyak 2,000 unit di seluruh Malaysia. Itu yang akan menampakkan betapa ekslusifnya dan ‘rare’ motor ni di atas jalanraya nanti.
Dengar kata, dah banyak kedai motor tak terima order untuk model ni. Takut nanti ada yang tak dapat motor katanya.
3. Honda BeAT 2022

Bagi skuter Honda BeAT 2022 yang diperkenalkan pada Februari tahun ini, spesifikasinya masih sama seperti versi sebelum ni. Yang cuma membezakan hanyalah pada warna.
Spesikifasi Honda BeAT masih kekal dengan spesifikasi sebelum ini:
- sesaran 108.2 cc
- single-cylinder air-cooled engine
- mempunyai kuasa 8.67hp pada 7,500 rpm
- tork pada kadar 9.53Nm pada 5,500 rpm
- mempunyai peghidup elektrik dan penghidup tendang
- dilengkapi tangki minyak 4.2 liter
- peti penyimpanan seluas 11.7 liter
- antara skuter yang ringan dengan berat 90kg dengan tinggi tempat duduk 742mm
4. Honda RSX

Bagi Honda RSX pula, model ni diperkenalkan buat pertama kalinya pada November 2021. Masa ni ramai yang ingat style macam Vietnam. Tapi rupanya meleset sama sekali. Apapun, RSX Malaysia juga ada peminatnya yang tersendiri.
Antara ciri yang ada pada Honda RSX:
- mempunyai enjin silinder tunggal 150cc
- Kuasa maksimum masih kekal dengan 15.8 hp @ 9,000 rpm
- daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm
- dilengkapi dengan sistem ABS saluran tunggal bagi sistem brek cakera depan dan belakang
- Mempunyai fork teleskopik hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang
- mengekalkan kapasiti tangki bahan api iaitu dengan 4.5 liter dengan pelana berketinggian 795mm
5. Honda CBR150R

Bagi tahun 2021, Honda CBR150R antara model motor besar yang memasuki pasaran Malaysia pada September tahun lalu.
Cir-ciri menarik yang terdapat pada Honda CBR150R 2021:
- Mempunyai sistem pencahayaan penuh lampu LED
- Dilengkapi paparan penuh panel meter digital
- Terdapat 2 saluran ABS (anti-lock braking system)
- Dikuasakan dengan enjin DOHC dan 6 kelajuan
- Mempunyai suspensi depan terbalik untuk stabiliti
- Dilengkapkan dengan klac assist dan slipper
Kesimpulan
Beli secara online mahupun kunjungi cawangan CHJ Motors yang berdekatan. Kami turut menawarkan pinjaman kedai serta khidmat pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, mesej Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/chjmotors.